1.0 PENGENALAN
Isotop merupakan
variasi sesuatu unsur
kimia. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton
yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan neutron yang
berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani isos (
ἴσος yang bermaksud persamaan) dan topos (τόπος yang bermaksud
tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang
sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang
sama dalam jadual berkala. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus
digunakan untuk mengenal pasti sesuatu unsur, namun
begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang
berbeza. Nombor neukleon atau nombor jisim (iaitu
jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza.
Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap,
tetapi kadangkala bilangan neutron mungkin
berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom
berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
Isotop-isotop sesuatu unsur ialah atom-atom sesuatu
unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang
berbeza. Ini bermakna isotop-isotop itu mempunyai nombor atom yang
sama, tetapi nombor
jisim yang berlainan.
Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan, iaitu
boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.
Contoh:
Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan
proton per atom yang sama. Ini bermakna bilangan elektron per atom isotop-isotop
itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi elektron bagi semua isotop suatu unsur
adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur akan mempunyai
sifat-sifat fizik iaitu ketumpatan, takat lebur, takat didih, dan
lain-lain yang berbeza.
2.0
DEFINISI/MAKSUD ISOTOP
Isotop adalah unsur-unsur yang mempunyai nombor atom yang sama, tetapi
memiliki jisim atom yang berbeza atau unsur-unsur yang mempunyai jumlah proton yang sama,
tetapi jumlah neutronnya berbeza. Sebagai contoh, atom-atom oksigen terdiri
daripada tiga jenis atom oksigen yang mempunyai jisim 16, 17, dan 18. Lambang
atom untuk ketiga jenis isotop ini adalah 168 O, 178 O, dan 188 O.
Semua unsur atom terdiri daripada jumlah isotop.
Jumlah isotop untuk masing-masing unsur adalah berbeza ,ada yang dua, tiga,
bahkan timah mempunyai sepuluh jenis isotop. Sifat fizikal dan kimia
isotop-isotop tersebut adalah sama , yang membezakan mereka hanyalah jisim
atomnya. Perbezaan jisim atom dari isotop disebabkan oleh perbezaan jumlah
neutron dalam atom.
Contoh isotop
lain :
a. Isotop
H: 11 H ; 21 H
; dan 31H.
b. Isotop
C: 126 C ; 126 C
; dan 146 C.
c. Isotop
Cl: 3717 Cl dan 3517 Cl.
d.
Isotop 5428 Fe ; 5623 Fe
; 5728 Fe ; dan 5828 Fe.
3.0
CONTOH UNSUR-UNSUR YANG MEMPUNYAI ISOTOP
Unsur-unsur atom yang mempunyai bilangan proton yang
sama tetapi berbeza dari segi jisim (bilangan neutron yang berbeza) dalam
nukleus atomnya.
Unsur
|
Isotop
|
||
Hidrogen
|
11 H 1 proton 1 elektron 0 neutron
|
21 H 1
proton 1 elektron
1 neutron
|
31H 1
proton
1
elektron
2
neutron
|
Helium
|
32He 2 proton
2 elektron
1 neutron
|
42He 2
proton 2
elektron
2
neutron
|
|
Karbon
|
126C 6 proton
6 elektron
6 neutron
|
136C 6
proton
6
elektron
7
neutron
|
146C 6
proton
6
elektron
8 neutron
|
Nitrogen
|
147N 7 proton 7 elektron
7 neutron
|
157N 7
proton
7
elektron
8
neutron
|
|
Oksigen
|
168O 8 proton
8 elektron
8 neutron
|
178O 8
proton
8
elektron
9
neutron
|
188O 8
proton
8 elektron
10 neutron
|
4.0
KEGUNAAN ISOTOP DALAM PELBAGAI BIDANG
Penggunaan radioisotop bagi kehidupan umat manusia
ialah untuk kesejahteraan manusia, dan bukan untuk mengancam kehidupan manusia.
Penggunaan radioisotop sebagai perunut didasarkan pada kenyataan bahawa isotop
radioaktif mempunyai sifat kimia yang sama dengan isotop stabil. Jadi, suatu
isotop radioaktif melangsungkan reaksi kimia yang sama seperti isotop stabil.
Radiasi boleh digunakan untuk memberi kesan fizik, kesan kimia dan kesan
biologi.
Di negara-negara maju penggunaan dan penerapan
radioisotop telah dilakukan dalam pelbagai bidang. Radioisotop adalah suatu
unsur radioaktif yang memancarkan sinar radioaktif. Isotop merupakan suatu
unsur yang stabil atau radioaktif yang mempunyai sifat kimia yang sama.
Penggunaan radioisotop boleh digunakan di dalam penggunaan perunut dan sebagai
sumber radiasi. Radioisotop sebagai perunut digunakan untuk mengikuti unsur
dalam suatu proses yang melibatkan kompaun atau sekumpulan sebatian.
Radioisotop boleh digunakan sebagai sumber sinar sebagai pengganti sumber lain
seperti sumber sinar X.
Penggunaan radioisotop digunakan dalam pelbagai
bidang, contohnya pada perindustrian, teknik, pertanian, perubatan, ilmu
pengetahuan, hidrologi, arkeologi dan lain-lain. Tujuan penggunaan radioisotop
bagi kehidupan manusia adalah untuk kesejahteraan manusia dan memudahkan
kesinambungan hidup manusia.
4.1
Bidang Pengawetan Makanan
Pada musim menuai, hasil pengeluaran
pertanian melimpah. Beberapa dari hasil pertanian itu mudah busuk atau berlaku
pertumbuhan tunas, contohnya kentang, bawang merah, halia dan kunyit. Oleh
kerana itu teknologi ini diperlukan untuk mengawetkan bahan makanan tersebut.
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan radiasi sinar gamma. Radiasi
ini juga dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan cendawan contohnya pada
pengawetan rempah seperti lada, ketumbar dan kemiri.
4.2 Bidang Arkeologi
Di bidang arkeologi,
radioisotop mempunyai peranan yang masih sukar digantikan oleh kaedah lain.
Radioisotop berperanan dalam menentukan usia sebuah fosil. Usia sebuah fosil
dapat diketahui dari jejak radioisotop karbon-14. Apabila makhluk hidup masih
hidup, kandungan radioisotop karbon-14 akan berada dalam keadaan yang
berterusan, sama dengan kandungan di atmosfera bumi kerana pengaruh sinar
kosmik pada sekitar 14 dpm (disintegrations per minute) dalam 1 gram karbon.
Hal ini kerana makhluk hidup tersebut masih terlibat dalam kitaran karbon di
alam. Namun, apabila makhluk hidup itu mati, dia tidak lagi terlibat ke dalam
kitaran karbon. Kesannya , radioisotop karbon-14 yang mempunyai masa paro 5730
tahun akan mengalami pereputan secara terus menerus. Usia sebuah fosil dapat
diketahui dari kandungan karbon-14 di dalamnya. Jika kandungan tinggal
separonya, maka dapat diketahui dia telah berusia 5730 tahun.
4.3 Bidang Pertanian
Dalam bidang pertanian, pembentukan
biji benih boleh dilakukan dengan menggunakan sinaran. Contohnya, penanaman
padi, anak benih padi diberi sinaran dengan dos yang berbeza dari dos kecil yang tidak membawa apa-apa pengaruh
hingga dos terbesar yang dapat mematikan. Biji yang sudah diradiasi itu
kemudian disemaikan dan ditanam secara berkelompok mengikut ukuran dos
radiasinya. Seterusnya biji benih akan dipilh mengikut kelainan yang
dikehendaki, seperti yang tahan perosak, cepat membesar dan sebagainya. Dalam
bidang pertanian, radiasi yang dihasilkan juga digunakan untuk pembasmian perosak
dan pemulihan tanaman.
Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan
ditentukan dengan mencampurkan fosfat yang mempunyai radioaktif ke dalam baja.
Selepas suatu masa, tumbuhan itu diuji dengan pembilang Geiger-Muller. Sinaran
radioaktif daripada radioisotop digunakan untuk membunuh serangga perosak.
Serangga perosak juga boleh dibiakkkan di makmal kemudian didedahkan kepada
sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh menjadi mandul dan tidak
dapat membiak.
4.4
Bidang Perubatan
Pelbagai jenis radioisotop digunakan untuk mengesan
( diagnosis ) berbagai penyakit. Antaranya ialah Teknesium - 99 ( Tc - 99 ) ,
talium - 201 ( TI - 201 ) , Iodin - 131 ( I - 131 ) , Natrium - 24 ( Na - 24 )
, Xenon -133 ( Xe - 133 ) , Fosforus - 32 ( P - 32 ) , dan besi - 59 ( Fe - 59
) .
·
·
Teknetum - 99 ( Tc - 99 )
-Disuntik
kedalam urat dan diserap oleh bahagian yang rosak pada organ tertentu seperti jantung , hati dan paru-paru .
Manakala , TI - 201 akan diserap oleh bahagian yang sihat pada organ jantung .
Oleh kerana itu , kedua radioisotop itu digunakan bersama - sama untuk mengesan
kerosakan jantung .
· Iodin - 131 ( I - 131 )
-Diserap oleh kelenjar, hati dan bahagian-bahagian tertentu dari otak . Oleh kerana itu , I - 131 boleh digunakan untuk mengesan kerosakan pada kelenjar , hati , dan untuk mengesan tumor otak .
· Iodin - 123 ( I - 123 )
-Adalah radioisotop lain dari Iodin . I - 123 memancarkan sinar gamma yang digunakan untuk mengesan penyakit otak .
· Natrium - 24 ( Na - 24 )
-Digunakan untuk mengesan gangguan peredaran darah . Larutan NaCl yang tersusun atas Na - 24 dan Cl yang stabil disuntik ke dalam darah dan aliran darah dapat diikuti dengan mengesan sinar yang dipancarkan sehingga dapat mengesan jika terjadi penyumbatan aliran darah .
· Xenon - 133 ( Xe - 133 )
· Iodin - 131 ( I - 131 )
-Diserap oleh kelenjar, hati dan bahagian-bahagian tertentu dari otak . Oleh kerana itu , I - 131 boleh digunakan untuk mengesan kerosakan pada kelenjar , hati , dan untuk mengesan tumor otak .
· Iodin - 123 ( I - 123 )
-Adalah radioisotop lain dari Iodin . I - 123 memancarkan sinar gamma yang digunakan untuk mengesan penyakit otak .
· Natrium - 24 ( Na - 24 )
-Digunakan untuk mengesan gangguan peredaran darah . Larutan NaCl yang tersusun atas Na - 24 dan Cl yang stabil disuntik ke dalam darah dan aliran darah dapat diikuti dengan mengesan sinar yang dipancarkan sehingga dapat mengesan jika terjadi penyumbatan aliran darah .
· Xenon - 133 ( Xe - 133 )
-Digunakan
untuk mengesan penyakit paru-paru .
·
Fosforus - 32 ( P - 32 )=Digunakan
untuk mengesan penyakit mata , tumor , dan lain - lain . Serta dapat mengubati penyakit
polycythemia rubavera iaitu pembentukan sel darah merah yang berlebihan . Dalam
penggunaanya isotop P - 32 disuntik ke dalam tubuh sehingga radiasinya yang
memancarkan sinar beta boleh menghalang pembentukan sel darah merah pada sum-sum
tulang belakang .
· Sr - 85
· Sr - 85
-Untuk mengesan
penyakit pada tulang .
·
Se
- 75
-Untuk
mengesan penyakit pankreas .
· Kobalt - 60 ( Co - 60 )
· Kobalt - 60 ( Co - 60 )
-Sebagai
sumber sinaran gamma untuk terapi tumor dan kanser . Kerana sel kanser lebih
sensitif ( lebih mudah rosak ) terhadap sinaran radioisotop daripada sel normal
, maka penggunaan radioisotop untuk membunuh sel kanser dengan menetapkan arah
dan dos radiasi .
· Kobalt - 60 ( Co - 60 ) dan Skandium -
137 ( Cs - 137 )
-Digunakan
untuk pensterilan alat - alat perubatan .
4.5 Bidang Perindustrian
·
· Mengesan kebocoran paip.
Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip
yang ditanam di dalam tanah atau di dalam konkrit. Isotop dimasukan ke dalam
aliran paip, maka kebocoran paip dapat dikesan tanpa penggalian tanah atau
pembongkaran konkrit. Radioisotop yang digunakan sebagai perunut untuk menguji
kebocoran cecair / gas dalam paip seperti sedikit garam 24NaCl di masukkan
kedalam aliran paip, seterusnya pengesan geiger-Muller digerakkan mengikuti
aliran paip. Kemudian, pengesan akan menangkap sinaran pada paip yang mengalami
kebocoran.
·
· Menentukan kehausan atau kerosakan yang
berlaku pada bahagian logam.
Jika bahagian logam ini disinari dengan sinar gamma
dan di sebalik bahan itu diletakkan filem gambar, maka pada bahagian yang
terdapat kehausan atau rosak akan memberikan imej yang tidak merata.
·
· Mengawal ketebalan bahan
Ketebalan produk seperti kepingan, kertas filem atau
plat logam dapat dikawal dengan radiasi. Keamatan sinaran yang diteruskan
bergantung kepada ketebalan bahan yang dilaluinya. Pengesan sinaran dihubungkan
dengan alat penekan. Jika kepingan menjadi lebih tebal, maka keamatan radiasi
yang diterima pengesan akan berkurang dan mekanisma alat akan menetapkan
penekanan lebih kuat sehingga ketebalan dapat dipertahankan.
5.0
KESIMPULAN
Penggunaan radioisotop sangat membantu manusia dalam
berbagai bidang kehidupan seperti bidang pengawetan makanan yang bertujuan
untuk mengawetkan bahan makanan yang busuk atau bertunas, bidang arkeologi
untuk menentukan usia sesebuah fosil, bidang perubatan untuk mengesan
kelainan-kelainan dalam rangkaian tubuh, bidang pertanian untuk membentuk anak
benih yang terbaik dan bidang perindustrian untuk mengesan kebocoran paip. Bidang
kesenian, hidrologi , kimia ,biologi dan pertambangan juga menggunakan
radioisotop.
boleh tak saya nak tau keburukan isotop
ReplyDeleteada ke
Delete