Thursday, 17 July 2014

AL-MUSYARAKAH

PENGERTIAN AL-MUSYARAKAH

  • Musyarakah diambil dari bahasa arab iaitu syirkah yang bermaksud perkongsian. Syirkah pula berasal dari perkataan syarika yang bermaksud menjadi sekutu atau syarikat. Menurut istilah pula, musyarakah ialah akad kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk suatu usaha tertentu dimana setiap pihak memberikan sumbangan dana (amal/expertise) dengan kesepakatan bahawa keuntungan dan risiko akan ditanggung bersama sesuai dengan kesepakatan.


 JENIS-JENIS AL-MUSYARAKAH

1. Musyarakah Pemilikan
  • Musyarakah pemilikan tercipta kerana warisan, wasiat, atau keadaan lain yang mengakibatkan pemilikan satu aset oleh dua orang atau lebih. Dalam musyarakah ini, pemilikan dua orang atau lebih bermaksud berkongsi dalam sebuah aset nyata dan berkongsi pula dari segi keuntungan yang dihasilkan aset tersebut.
2. Musyarakah Akad (kontrak)
  • žMusyarakah Akad tercipta dengan cara perjanjian dimana dua orang atau lebih bersetuju bahawa setiap orang daripada mereka perlu memberikan modal. Keuntungan dan kerugian akan dibahagikan sama rata.     
Musyarakah Akad terbagi kepada beberapa bahagian iaitu :

a) Syirkah Inan
  • Syirkah Inan ialah syarikat perkongsian dua orang atau lebih dan mereka mempunyai haktasarruf” (hak melakukan transaksi) dalam pengumpulan sejumlah harta dalam cara pembahagian yang dimaklumi atau dalam bentuk saham yang ditentukan. Mereka bekerja bersama-sama untuk mengembangkan harta tersebut dan keuntungan yang diperolehi oleh setiap orang adalah mengikut modal pelaburan saham mereka.Begitu juga dalam soal kerugian yang mereka alami.Setiap seorang daripada mereka masing-masing mempunyai haktasarrufterhadap syarikat, baik atas nama sendiri atau mewakili para rakan kongsi yang lain .Maka setiap seorang mempunyai hak menjual,membeli,menerima barang, membayar harga barang,menagih hutang dan memulangkan barang yang rosak.Secara ringkasnya,masing-masing berhak melakukan apa saja yang dapat memberikan kebaikan kepada syarikat.

b) Syirkah Mufawadhah
  • žSyirkah Mufawadhah dari segi bahasa membawa maksud sama.Iaitu sama dari segi modal,untung dan pengurusannya.Dari sudut istilah pula membawa maksud sebagai dua orang atau lebih berpakat dalam sesuatu kerja dengan syarat modal,pengurusan dan agama mereka adalah sama dan masing-masing saling bertanggungjawab. Keuntungan yang diperolehi adalah dibahagikan mengikut persetujuan bersama.
c) Syirkah Wujuh
  • žSyirkah Wujuh adalah perkongsian diantara dua orang atau lebih dalam pembelian dan penjualan sesuatu barang menggunakan jawatan mereka.Keuntungan dan kerugian yang dialami adalah dibahagikan secara sama rata.Dalam keadaan biasa,syarikat ini terbentuk diantara orang biasa dan orang terkemuka,yang mana barang yang mereka jadikan modal perniagaan itu dibeli oleh orang terkemuka tersebut dengan cara hutang dan menggunakan kedudukannya.Selepas itu barangan modal tersebut diurus niaga dan diperdagangkan oleh orang biasa dan keuntungannya mereka dibahagikan antara mereka.Seterusnya orang biasa tersebut akan memperdagangkan barang tersebut.Syarikat wujuh ini juga merupakan syarikat yang mana pengurusannya bergantung kepada kepercayaan orang ramai dan ahli syarikat tidak perlu mengeluarkan modal dan membeli barang secara hutang dan keuntungan dibahagikan secara bersama
d) Syirkah Mudharabah
  • Atau sering disebut dengan istilah Syirkah Qiradh. Syirkah mudharabah harus mempunyai dua pihak iaitu pihak pemilik modal (shahibul maal) dan pihak pengelola (mudhorib). Pihak pemodal menyerahkan modalnya dengan akad wakalah kepada seseorang sebagai pengelola untuk dikendalikan dan dikembangkan menjadi sebuah usaha yang menghasilkan keuntungan (profit).
  • žKeuntungan dari usaha akan dibahagikan sesuai dengan kesepakatan manakala apabila terjadi kerugian bukan kerana kesalahan pengurusan (kelalaian), maka kerugian perlu ditanggung oleh pihak pemodal. Hal ini kerana hukum akad wakalah menetapkan hukum orang yang menjadi wakil tidak boleh menanggung kerugian.

 AL-MUSYARAKAH DALAM BIDANG PERBANKAN

1. Pembiayaan Projek
  • žAl-Musyarakah ini biasanya diaplikasikan untuk pembiayaan projek di mana pelanggan dan pihak bank sama-sama menyediakan dana untuk membiayai projek tersebut. Selepas projek itu selesai, pelanggan perlu mengembalikan dana tersebut seperti yang telah dipersetujui untuk bank.
2. Modal Teroka / Usaha Niaga
  • žDalam institusi kewangan khusus dibolehkan melakukan pelaburan dalam pemilikan syarikat dimana al-Musyarakah diterapkan dalam skim modal teroka. Penanaman modal dilakukan untuk jangka waktu tertentu dan setelah itu bank akan melupuskan atau menjual bahagian saham baik secara singkat maupun berperingkat.

 MANFAAT AL-MUSYARAKAH DALAM BIDANG PERBANKAN
  • Bank akan menikmati peningkatan dalam jumlah tertentu apabila usaha pelanggan meningkat.
  • žBank tidak diwajibkan membayar dalam jumlah tertentu kepada pendana secara tetap tetapi disesuaikan dengan pendapatan bank itu sendiri.
  • žBayaran balik pembiayaan disesuaikan dengan aliran tunai usaha pelanggan sehingga tidak membebankan pelanggan.

 RISIKO AL-MUSYARAKAH DALAM BIDANG PERBANKAN

- Pelanggan menggunakan dana tidak seperti yang disebut dalam kontrak.
- Lalai dan kesalahan yang disengajakan.
- Penyembunyian keuntungan oleh pelanggan apabila pelanggan tidak jujur​​.

 RUKUN AL-MUSYARAKAH

  • Pemegang saham dan rakan kongsi.
  • žModal
  • Projek
  • Akad @ Ijab qabul (adanya kesepakatan antara kedua belah pihak yang bertransaksi).
  • žNisbah keuntungan (pembahagian hasil).

 BERAKHIRNYA AKAD AL-MUSYARAKAH

- Pemilik modal menggabungkan dana projek dengan harta pribadi.
- Menjalankan projek musyarakah dengan pihak lain tanpa izin pemilik modal yang lain.
- žMemberi pinjaman kepada pihak lain.
- Salah satu pihak menghentikan akad.
- Salah satu pihak murtad (keluar dari agama Islam) dan melarikan diri kenegeri yang
 berperang dengan negeri islam kerana orang seperti ini dianggap telah wafat.
- žSalah seorang rakan kongsi meninggal atau hilang akal. Kebiasaannya digantikan oleh
 ahli waris jika diluluskan oleh rakan kongsi yang lain.
- Modal musyarakah hilang atau habis.

 KESIMPULAN
  • Musyarakah adalah kerjasama antara dua orang atau lebih dalam berusaha dimana keuntungan dan kerugiannya akan ditanggung bersama.
  • žHukum musyarakah menurut pendapat para ulama adalah mubah (boleh). Adanya dasar hukum musyarakah yang dijadikan oleh para ulama diambil dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Abi Hurairah dari Nabi saw bersabda :


انا ثالث الشريكين مالم يحن احدهماصاحبة فإذا احانه خرجت من بينهما

“Aku jadi yang ketiga antara dua orang yang berserikat selama yang satu tidak khianat kepada yang lainnya, apabila yang satu berkhianat kepada pihak yang lain, maka keluarlah aku darinya”.








No comments:

Post a Comment